KHAS UNTUK MUSLIMAH

Sempena menyambut ketibaan bulan Rabiul Awwal iaitu bulan kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad ﷺ, Masjid Assyakirin akan mengadakan MaulidurRasul khas untuk kaum muslimah.

Sambutan MaulidurRasul kali ini akan dimulakan dengan bacaan AlQuran oleh qoriah Ustazah Atiiqah Suhaimi dan kemudian bacaan Maulid yang akan dipimpin oleh kumpulan Wardah Nurabitah dan diteruskan dengan tazkirah bertajuk : ” Mempersiapkan bekalan untuk bertemu Rasulullah ﷺ di syurga” yang akan disampaikan oleh Ustazah Nur Huraidah Binti Jumat.

Semua muslimah dijemput hadir.

#SyukurAssyakirin