Sabda Rasulullah ﷺ :“ Belum sempurna iman salah seorang dari kalian sehingga aku lebih ia cintai dari orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia. ” ( Hadis Sahih Al-Bukhari ) Jelas dari hadis ini, kesempurnaan iman seseorang itu berkait rapat dengan mencintai Rasulullah ﷺ lebih dari sekalian makhluk. Cinta ini boleh dipupuk andai seseorang itu mengenal Rasulullah ﷺ.

Kitab Syamail Muhammadiah karya Imam At-Tirmizi sesuai untuk dibaca kerana kitab ini menghimpunkan hadis-hadis tentang sifat-sifat fizikal ,akhlak dan budi pekerti Nabi Muhammad ﷺ, pakaian, makanan, minuman, ibadah dan sebagainya yang berkait dengan kehidupan Baginda ﷺ secara menyeluruh. Bak kata pepatah melayu, tak kenal maka tak cinta. Maka dengan mengenali Rasulullah ﷺ melalui bacaan kitab ini, semoga ia menjadi sebab untuk memupuk cinta yang mendalam terhadap Rasulullah ﷺ.

– Bacaan Selawat

– Halaqah bacaan kitab Syamail Muhammadiah

– Di akhir sesi akan diadakan sharing session tentang Rasulullah ﷺ

Daftar segera: bit.ly/ASY-NUR